SETIAP PERLAKUAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memPunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya. [Al-Israa: 36] Tidak ada satu pun terlepas kerana Malaikat sentiasa bersedia mencatat setiap perlakuan manusia. “Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf, ayat 17-18) “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yasin, ayat 65) Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa umatnya adalah umat pertama dihitung amalannya pada hari akhirat kelak. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Kita adalah umat yang terakhir (di dunia), tetapi yang pertama dihisab (di akhirat).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) “Kemudian sesiapa yang diberi menerima buku amalannya dengan tangan kanannya, maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan. Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.” (Surah al-Insyiqaq, ayat 7-9) “Dan sesiapa yang diberi menerima buku amalannya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya. Dan dia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.” (Surah al-Insyiqaq, ayat 10-12) “Dan buku-buku amalan juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu berasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa buku ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49)

Comments